Friday, July 8, 2011

Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Dimansuhkan Tahun Depan 2012

Salam, bermula tahun depan 2012 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) nampaknya akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat, perkara tersebut di sahkan oleh iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

mata pelajaran vokasional

Gambar : adap.com.my

Beliau berkata, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV). utusan.com.my

Untuk Program Asas Vokasional (PAV) ini ianya hanya dikhususkan buat pelajar di tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, dan mereka juga turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat pembelajaran, tapi kena sambung kat Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...